Katharsis (2017-kini) Search (kumpulan muzik)

Album Katharsis telah di lancarkan secara rasmi pada 22 November 2017 , dengan 10 lagu baru dan 2 single awal. Sidang Kangaroo dan Nama Yang Kau Lupa diterbitkan M. Nasir dan ia membawa maksud satu proses penyucian, pembersihan dan pengaslian jiwa raga dalam bahasa Yunani Purba. Ia turut dipilih M. Nasir sebagai judul album studio ke-12 band rock nombor satu tanah air itu.Search memberi bayangan Katharsis yang juga album ke-12 mereka sebagai naskhah studio terakhir yang mungkin dihasilkan kumpulan berkenaan,Selain M Nasir, Search turut bekerjasama dengan beberapa komposer dan penulis lirik prolifik yang pernah menjayakan album terdahulu seperti S. Amin Shahab, Usop dan Buddhi Hekayat, Katharsis masih mengekalkan gaya muzik rock & roll Search, merangkumi ‘sound’, muzik, ‘chemistry’ dan hala tuju yang berakar umbi identiti mereka,Katharsis juga mencatat sejarah peribadi buat Search dan M. Nasir apabila mengambil masa selama 700 jam untuk disiapkan sepenuhnya. Album ini diterbit dan diedarkan Pawana Music dan Fenomena Music milik Datuk Ahmad Zaharul.


Official Merchandise Search by Santo (2019)

Search melakar sejarah apabila menghasilkan barang dagangan (merchandise) edisi terhad dalam kotak kayu edisi khas sebanyak 90 unit sahaja sempena sambutan album 30 Years Of Search Fenomena.Melalui satu perjanjian persefahaman yang telah dimeterai pada 10 Mei yang lalu, Santo diberi kuasa untuk menghasilkan barang dagangan kumpulan rock gergasi tanah air ini untuk para peminat mereka di seluruh Asia Tenggara Majlis Pelancaran Merchandise Search oleh Santo di Fenomena Music Plaza Damas Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur iaitu 14 September 2019.

Search yang turut dianggotai Amy atau Suhaimi Abd Rahman selaku penyanyi), Hamzah Mohd Taib (Kid-gitar utama) dan Noordin Mohd Taib (Din-gitar irama), Nasir (gitar bess) bekerjasama dengan tiga anak muda iaitu Saiful, Herwan dan Aimie yang menggelarkan diri mereka Santo dalam menghasilkan barang dagangan eksklusif itu.

Harga ‘Wooden Box Fenomena’ dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Premium yang dipanggil Fenomena Siri berharga RM799, Rock & Roll Siri RM649 dan Hard Rockin Siri RM449 dan disertakan Sijil yang ditandatangan sendiri oleh Search.

Belangsungkawa - Yazit Kembali ke rahmatullah

Allahyarham Yazit Bin Ahmad meninggal dunia pada 26 September 2019 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur akibat kerosakan otak pada jam 11.53 pagi. Pemain drum tersohor Malaysia ini, arwah Yazit sebelum ini dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru namun dibenarkan keluar dua hari selepas itu. Beliau turut disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak 2009. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati Kuala Lumpur untuk disolat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih Kuala Lumpur.

Amy Tinggalkan Search

Amy mengundurkan diri daripada band Search yang ditubuhkan pada 1981. Amy atau nama penuhnya, Suhaimi Abdul Rahman mengumumkan pengundurannya daripada Search.Amy membuat pengumuman itu dalam segmen #ArtisDudukDiam yang disiarkan secara langsung oleh Astro Gempak, kira-kira jam 3.30 petang 29 Mac 2020.

Rujukan

WikiPedia: Search (kumpulan muzik) http://www.budiey.com/gambar-search-di-sidang-medi... http://news.google.com/newspapers?id=-ZcWAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=5NwxAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=GRAWAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=LLYTAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=RbsTAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=SboTAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=kFAeAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=m7gTAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=peYVAAAAIBAJ&...